Pelajar Wanita Bunuh Diri Selepas Gurru Suruh Jadi Pelacur Gara-Gara Lambat Bayar YUran !!


Hanya kerana lambat menjelaskan yuran sekolah, seorang guru bertindak biadap terhadap 5 murid perempuan sekolah menengah dengan menyuruh mereka menjual tubuh jika mereka tak ada duit, Kejadian yang berlaku di padang sidempuan sumatera utara ini telah menggemparkan media indonesia sejak kelmarin.

Menurut laporan JPNN.com, salah seorang murid juga dikatakan bunuh diri dengan minuman racun kerana tertekan dengan kata-kata salah seorang guru di sekolah itu.

Murid perempuan yang menceritakan kejadian itu mengatakan pada awalnya mereka dibawa ke satu bilik dan dipertanyakan mengenai yuran sekolah yang belum dibayar, Dengan spontan kelimanya menjawab mereka tidak dapat menjelaskan bayaran yuran kerana keluarga mereka mengalami masalah kewangan.

Guru yang bernama KS itu terus memarahi mereka dan munyuruh menjual tubuh dikawasan itu untuk senang mendapatkan duit, selain mereka juga diugut akan dibuang dari sekolah, Kelima-lima murid keluar dari bilik dalam keadaan menangis merasa guru tersebut merendahkan martabat dan maruah mereka, kerana takut berdepan dengan pihak sekolah dan pihak polis, mereka bersepakat untuk mendiamkan diri.

Namun selang beberapa hari, murid bernama Amelya maut bunuh diri dengan minuman racun, dipercayai akibat tertekan dengan sikap guru yang biadap melontarkan kata-kata tidak sepatutnya kepada lima murid wanita tempoh hari itu.

Sejak daripada itu lima murid berkenaan terus mengadukan kejadian kepada ibu bapa mereka sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Bagaimanapun guru bernama SK sudah ditahan oleh polis Padang Sidempuan dan kini dalam pebicaraan Menteri Pendidikan Indonesia.

0 Response to "Pelajar Wanita Bunuh Diri Selepas Gurru Suruh Jadi Pelacur Gara-Gara Lambat Bayar YUran !!"

Post a Comment