Kerana Puaskan Nafsu Pukul isteri Sampai pensan
Seorang tukang emas mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, di sini hari ini, atas dakwaan memukul isteri yang enggan memuaskan nafsunya, Dakwaan terhadap tertuduh yang berusia 49 tahun itu dibuat di hadapan Majistret, NIk Habri Muhamad.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 44 tahun di sebuah rumah di Taman Impiana, Pengkalan Chepa, pada jam 7 pagi 22 julai yang lalu.
Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 375A kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, jika disabut kesalahan.
Pada prosiding itu, tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan selesai di bacakan, Namun dia kemudian menukar pengakuan selepas mendengar peruntukkan huuman penjara mandatori yang diperuntukkan Seksyen tersebut, Sebelum ini pembantu pra sekolah terbabit membuat laporan polis selepas mendakwa suaminya memukul hingga menyebabkan mangsa mengalami lebam pada pipi dan tangan bengkak selain sakit seluruh tubuh badan.
Pertengkaran anrata mereka berlaku berikutan ibu dua anak berkenaan menolak ajakan suaminya untuk bersama kerana datang bulan, Pasangan terbabit sudah berkahwin selama 19 tahun dan dikurniakan dua anak, Namun pernah dua kali bercerai kerana punca yang sama.
0 Response to "Kerana Puaskan Nafsu Pukul isteri Sampai pensan"
Post a Comment